KELEBIHAN BEKAM KECANTIKKAN
ü Dikatakan mampu membuatkan pelanggan lebih fokus kepada pelajaran, kerjaya mahupun rumahtangga.
ü Membantu merawat masalah resdung
ü Menaikkan seri wajah
ü Mengatasi masalah wajah kusam
ü Menghilangkan kelesuan
ü Membantu mengatasi masalah jerawat
v ANALISA KULIT PESAKIT
Apabila seseorang itu jatuh sakit,warna kulit wajah akan berubah yang terdiri daripada 5 warna :-
Biru(hati)-Angin :Sejuk,pedih,kekejangan kuat dan darah tersumbat.
Merah(jantung)-Panas :Kandungan berlebihan dalam kapilari kulit.
Kuning(limpa)-Lembap :Kurang darah dan imun.
Apabila seseorang itu jatuh sakit,warna kulit wajah akan berubah yang terdiri daripada 5 warna :-
Biru(hati)-Angin :Sejuk,pedih,kekejangan kuat dan darah tersumbat.
Merah(jantung)-Panas :Kandungan berlebihan dalam kapilari kulit.
Kuning(limpa)-Lembap :Kurang darah dan imun.
Putih(paru -paru) :Gangguan aliran darah dalam tubuh.
Hitam (ginjal) sejuk/pedih :Kurang tenaga dan darah tersumbat.
LANGKAH2 RAWATAN BEKAM MUKA
Ø Pelanggan hanya boleh makan, mandi dan tidur selepas satu jam berbekam. Ia bagi merehatkan sistem darah di bahagian badan dan mengelakkan kulit muka daripada berasa pedih.
Ø Pelanggan yang mempunyai masalah diabetes atau kencing manis perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan rawatan.
v Rawatan ini menggunakan kaedah bekam darah. Bahagian muka yang bermasalah dibekam dengan menggunakan alatan bekam yang mempunyai pelbagai saiz mengikut kesesuaian muka pelanggan. Proses rawatan bekam hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit.
v Wajah pelanggan akan disapukan dengan sedekit minyak supaya kulit menjadi lembut dan dapat mengelakkan rasa pedih ketika dibekam.
v Bahagian muka yang bermasalah akan diletakkan cup bekam yang bersih. Cup akan di pam beberapa minit bagi merangsang darah kotor keluar ke permukaan kulit muka.
v Cup akan dibuka dan kulit muka dicucuk menggunakan pen bekam (lancet) iaitu jarum pakai buang.
v Kemudian, cup akan dipamkan semula untuk mengeluarkan darah kotor. Proses pengeluaran darah kotor mengambil masa antara tiga hingga lima minit. Darah kotor yang keluar selalunya berwarna hitam, berlendir, bertali atau berbuih.
v Langkah 1 hingga 4 akan diulang sekali lagi bagi memastikan pengeluaran darah kotor yang seterusnya.






